Saturday, January 26, 2013

Coretan dari sumber lain

LELAKI : JANGAN LAYAN wanita tu special sangat jika TIDAK ADA NIAT untuk buat dia menjadi yang SAH/HALAL..wanita ini lain sikit, CEPAT PERASAN dan MUDAH JATUH HATI..jangan letak harapan seandainya hati tidak yakin..jangan beri HARAPN pada yang mudah menyerap harapan..hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah..bila sudah terluka, susah nak rawat balik..

WANITA : JANGAN BERHARAP terlalu tinggi kepada lelaki yang kamu sayangi, kerana bila kecewa datang..ia boleh menyakiti hati dan dirimu dengan banyak..jadilah wanita yang TEGAS, MAHAL dan TIDAK MUDAH untuk menerima cinta dari seorang lelaki yang belum sah menjadi milikmu..

Pakar diari hati : Jangan ada niat ingin kahwin sahaja, tapi TINDAKAN ke arah itu tidak ada..cari calon ini BUKANLAH sahaja-sahaja ingin MENCUBA macam mencuba pakaian..tidak sesuai yang ini, amik yang lainlah. 





Allah TIDAK MEMBERI apa yang kita HARAPKAN tapi DIA beri apa yang kita PERLUKAN.. kadangkala kita sedih, kecewa, terluka... tapi jauh di atas segalanya, DIA sedang MENGATURKAN yang TERBAIK dalam kehidupan kita ... jalan yang dipilih Allah itu akan indah pada masanya .. ♥

# inshaAllah~ segala yang terjadi ada HIKMAHNYA yang tersendiri

Coretan, Bercinta Selepas Nikah
Allah TIDAK MEMBERI apa yang kita HARAPKAN tapi DIA beri apa yang kita PERLUKAN.. kadangkala kita sedih, kecewa, terluka... tapi jauh di atas segalanya, DIA sedang MENGATURKAN yang TERBAIK dalam kehidupan kita ... jalan yang dipilih Allah itu akan indah pada masanya .. ♥

# inshaAllah~ segala yang terjadi ada HIKMAHNYA yang tersendiri

Friday, January 25, 2013

Sad Scene on Setia Hujung Nyawa




huhuhu...the best part that make me cry...  Sedihnya bila tengok lelaki menangis.. Sayang betol la org tue bila sampai lelaki yang d'anggap EGO mengeluarkan air mata hanya kerana perempuan. Adakah orang sanggup lakukan untuk ku gitu ye? Alangkah bahagianya kalau ada jejaka yang berkorban untuk ku..  :'(

Thursday, January 24, 2013

Wanita Menangis tanda Lemah?


Duhai wanita, menangis lah,

Jika hatimu rindu, menangislah,

Jika hatimu sedih, menangislah,

Jika hatimu terluka, menangislah,

Jika hatimu kecewa, juga menangislah,


Dan jika hatimu bahagia, menangis jugalah, kerana sesungguhnya erti setiap titis airmatamu, kelak tak akan pernah sia-sia. Bahkan dengan menangis segala beban yang kau rasakan akan terlepas, tidak mengendap dan mengeraskan hatimu.

Sudah fitrah-Nya atasmu dengan kepekaan rasa dan kelembutan hati, dan airmata pun akan semakin melembutkan hatimu.



Lelaki,

Fikirkanlah tentang hal itu, jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,dan semuanya kerana dirimu.

Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya. Jaga dan cintailah dia sewaktu dia takut dan menyendiri , hapuslah air matanya ketika dia merintih dan menangis. Buatlah dia tersenyum, di saat dia bersedih dan kecewa.

Rasakanlah kesedihannya, ketika dia berduka dan janganlah kau membuat hatinya hancur dan terluka, kerana pada suatu saat nanti engkau akan sedar, betapa pentingnya dia saat dia telah pergi dari hatimu untuk selamanya…  Nukilan dari PakarCinta ..

Wednesday, January 23, 2013

HATI





Cinta itu buta..tapi manusia lagi buta mengenai cinta
Cinta memang menyakitkan
Cinta memenatkan hati dan perasaan 
Lagi parah, andai cinta tidak dapat dimiliki
Cinta hanya sekadar mimpi   

Sunday, January 20, 2013

Pop Ice Special



Pop Ice Special



Pop ice special!!!   only RM2 .... hehe...  can choose any favor. chewah!!  mcm la aq plak yg menjual nya... ni lah, pop ice yg sebelah rmh aq jualkan..  urrmm, asl aq balik, haaa....kat sini la tmpat & mkanan yg aq habiskan duit...  eish2!!!   nak kata sedap GILER, x la gak.. bole la kot... heheh...  x manis sgt. urm, tak suka! tak suka! aku suka yg manis...  :)
nyummm3....   sedap kalo minum time cuaca panas!!!  :P

Saturday, January 19, 2013

Jangan Bercinta Dengan Tunang Orang!

Aku yakin ramai yang bercinta tetapi ramai yang tak tahu tentang etika cinta. Ya! bercinta pun kena ada etika jugak. Etika cinta yang paling utama ialah jangan mencintai orang yang tak boleh dicintai. 


TAK BOLEH menurut moral dan haram menurut syarak. Golongan mana yang tidak boleh dicintai ne? Secara mudahnya, lelaki haram mencintai wanita yang masih menjadi tunang orang atau wanita yang menjadi isteri orang atau wanita yang masih dalam tempoh idah.Dan hukumnya adalah sama bagi perempuan jugak iaitu haram.

Hukum haram bercinta dengan perempuan yang menjadi tunang orang ne berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya atau jika tunang sebelumnya itu mengizinkan". Hadis Riwayat Bukhari.

Sekarang ne kalau kita tengok banyak kes cinta si isteri pudar dan makin hilang disebabkan sikap suami yang gagal menjalankan tanggungjawab. Walau bagaimanapun alasan, wanita haram menyimpan perasaan kepada lelaki selain suaminya. Bukan saja haram dari segi hukum, malah boleh dikenakan hukuman syariah.

Kepada yang bercinta dengan tunang orang atau masih lagi tercari-cari, pilihlah yang masih belum berpunya lagi. Kenapalah yang tu jugak yang dia nak! Bunga dengan kumbang banyak kot. Carilah bunga yang belum disunting dan tak dihinggapi oleh kumbang lagi. Bohonglah kalau ada yang mendabik dada berkata "Aku tak perlukan cinta!" Ingat ya, cinta bukan sekadar luahan perasaan kasih dan sayang, tetapi juga belaian dan perhatian. 
 
Hubungan yang bermula dengan sesuatu yang dilarang dan dilaknat oleh Allah sukar untuk bahagia. Apapun, cintailah orang yang berhak dicintai :) 

From, Nick Nashram ...

Sepetang Bersama


Haaaa, sepetang bersama my best frenz, Erda & Cma..heheh..  Nak release tension katakan..  mana tak nya, mkn, tido ja kat rumah...  mana tak boring & stress kan..  lagi2 nie musim exam. so, kitorang jalan2 CUCI MATA kat taman. Where is it? errm, mestilah kat taman area Uitm Puncak Perdana. Nak p jauh2, mana la ada kereta kan.huhuhu~  Sambil jalan2, snap! snap! snap! haaaa, sempat gak take picture.. who's take the pic?? ofcoz la...  AKU ... hehehe!!!   aku suka ambik gmbar ja...  :P my hobby! :D



gedik nya. hahah!


new gengstar! hahah



alahai...nak posing mcm model la plak..hahaha...  model apa ah??  errmm, let's me think about it after this..hahhahah..  jgn marah ye, cma & erda.




ha!!!  Sweet couple..hahaha... mcm laki & perempuan dah..  eish2, budak dua org nie...  sweet la sgt.. hahaha



bunga lily vs rumput



waktu kitorang kat taman tue, ada la sorang budak perempuan nie..  dtg kat kitorang nak join main. pot..pet..pot..pet...  ada ke patut budak tue suruh kitorang main basikal die plak. kan aq yg main, terbelah dua, mati aq kena ganti suma tue.eish2..mcm2 krenah budak tue... dia bagi aq bunga sekuntum. entah la, bunga ke rumput...  aq bgtau la, aq tak suka bunga yg die bg tue..  aq suka bunga lily..& suruh die carikan. huh!!!  tau plak budak tue aq 'Goreng' die..  die ckp, "mana ada bunga lily kat sini".. eish2!!  aq igtkan tak tau..  erm, budak zaman sekarang.haha...  pastue kan, die hilang plak.aq igtkan die balik rumah. rupa2nya, dia kumpul & bg bunga yg kat gambar tue kat aq...  errmmm, apa2 je la layan budak sorang tue... :)

Setia Hujung Nyawa - Novel vs Drama










alahai, sweet nya...  <3 td="td">





Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.


Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.


Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.


Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.


Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?









ermm, bagi Cavillate drama nie memang best.. dh novel nya best, apatah lg drama kan.. hehhe... kesian la gak tgok Zain buat istri nya camtue. kalo Cavillate di tempat Ersalina pun, errmm, dapat ke tak bertahan ye..huhu.....PALING Cavillate suka bila part Zain nk pikat Ersalina. waaaaa, sweet giler...dh la buat muka cute yg tak brapa nk cute..alahai.. sweet nye.hahah.... part yg best gak bila Cavillate tgok Zain menangis... adussshh!! sedih gak la tgok laki mengeluarkan air mata untuk perempuan.. kalo Cavillate memang tak sanggup nak tgok.. kesian nye.. huhu.. :'( pa pun, SETIA HUJUNG NYAWA mmg best! lagi2 Cavillate dh tau ENDING nya.hahah!!! :D sweet nye dapat Husband cmtue.. hihi.. :P





Thursday, January 10, 2013

NOVEL Alaf 21 - Suami Aku Ustaz


Haaa…..  novel ‘Suami aku ustaz’! hahahaah..ni lah novel yang best la gak yg pernah aq baca. Buku ini mengisahkan seorang gadis yang masih bersekolah (form 5) yg bernama Nur Alisa. Dia seorang anak tunggal dan perwatakan yang agak lasak, degil and maklumlah tau2 je lah masih remaja lagi kan. Ditambah la plak  dia anak tunggal, so selalu lah dia bergaul dengan best fren nya, Watie dan dua org lagi bernama Joe and Pa’an.  Parents Alisa ni nak menunaikan haji dalam masa 1 bulan lagi. Dek kerana perangai Alisa nie yg tek dengar teguran & degil, ayah dan ibunya ingin dia berkahwin dengan Abang Hafiz iaitu ustaz a.k.a abang sepupu. Tak dapat nak ditegaskan lagi, bermula lah hidupnya bersama Abg Hafiz, dah lah dia seorang ustaz yg mengajar di kelas Alisa. Pelbagai ragam yg berlaku antara mereka, dan akhirnya beliau bersama dan  hidup bahagia.

Hahha… Andailah aq mcm Alisa nie, mak oi!!  Memang tak senang duduk la aq nie.haha! mana tak nya, asyik kena ceramah and dengar Al – kuliyah free je, banyak benda yg dilarang, itu ini tak boleh, & apa2 je lah. Lagi2 plak aq nie pun bukan nya  GADIS MELAYU TERKAHIR pun..hahah..Nak bercakap pun tak LEMAH LEMBUT, semua benda main cakap je..kiranya kdg2 mulut aq nie TAKDE INSURAN la.. huhu..  Lagi2 perwatakan aq nie pun bukan nya ayu  pun, semua benda main lantak je bila nak buat. Nak berhati2, errrmmmm, jarang la sikit kot.. Umpama ayat org Sarawak ,aku nie ‘piabu’..haha! mesti banyak yg tak tau kan, ha… hanya mak aq je tau & bg title tue kata aq..huhu.. Otak nie pun ada gila2 sikit…huhuhu..  camne la nak ubah ye. Kalo aq kawin dengan ustaz nie, pasti aq kena BERUS habis la.. Dengan perangai aq camni lagi.. errmmm, tapi ok gak kan dapat ustaz. Sweet gtu..hahah…  Dapat la ubah aq nie sikit, opszz , bukan sikit tapi BANYAK.!

Sepanjang hidup aq nie, ada lah juga aku berkawan dengan orang  yang dapat bimbing atau ubah perangai aq sikit la.. tapi, apakan daya.. mana la agak kawan aq tue ye.. :P   Dia ajarkan aq camne nak cakap yg lemah lembut kat orang, die slalu ingatkan aq untuk solat, die slalu ingatkan aq untuk tak mandi lewat mlm (jaga kesihatan la katakan). Die jugak ajr aku untuk controlkan ayat yg keluar dari mulut aku nie, supaya ada insuran sikit. Hehe.. alahai, kalo diikutkan, memang banyaklah .. Ada la satu kisah waktu dulu kan, aq dok lepak sama, mkn2, habis je mkn, senang2 je aq buang tisu depan mata,padahal tong sampah bukan nya jauh pun. . Eeeuuw, buruknya perangai aq! Die juga la yg tegurkan sikap aq tue. Hehe..  Teruknye perangai aq kan, mana lah orang nk TERPIKAT kata aq kalo camni. Nak jadikan ISTERI pun orang takut kot…   :’( Harap2lah aq dapat ubah semuanya di tahun 2013 nie, tanpa mengharapkan bimbingan orang. 



Ermmm, harap2 lah aku dipertemukan jodoh yang dapat membimbing aku ke jalan Allah dan beriman supaya  tenang  hidup ku and dapat control perangai aq nie. Huhuhu….   Doa2 je lah yg terbaik ye.. tak semestinya USTAZ kan. Heheh…… 

Monday, January 7, 2013

La Tahzan Kerana Jodoh




1 Jan yg lalu kan, aq dengan my bez fren , Cma tue pg la jalan2.. Nak release kan tension la katakan. Lagi2 pada  tahun baru nie,  saja je jalan2 nk CUCI MATA.eheheh… kitorang pergilah Sunway Pyramid, pastue kan, yg nk d’jadikan cerita kat sini, aq  terbaca satu pernyataan dekat satu buku tue..
Last destination kitorang pg kat SACC Mall,, jalan2 p MPH… haaa, nk tgok la kan, ada ke tak novel terbaru. Nak katakana  bli? Heheh, semestinya  tak la kan, saja je FREE READING kat sana..  :P Ada la satu buku nie, aq tertarik la sangat2.. bukan nya novel, tapi…. Buku pengajaran kot. Camtue la agaknya.. Buku tue berwarna pink, & bertajuk ‘La Tahzan kerana Jodoh’.  Wowwww!!!   Jodoh lagi?? Adoi, nekad pd diri aq sendiri tak nak fikir pasal jodoh tahun nie. Errm, tapi takpe kan, saja nak baca2 untuk MENAMBAHKAN PEGETAHUAN yg sememang nya CETEK nie kan….aq try la cari sub topic kat table content buku nie, mana yg best je aq baca.. hah!! Yg satu nie, ok kot…  Tajuk nya ‘Jodoh tidak kesampaian kerana tunangan orang’.. ha, gtu la agak nya tajuk nya.. dh LUPA plak cik akak ni tajuk nya, coz tak focus sangat. (Maaflah ye kalo salah).

Situation nya camni tau, : Ada lah pasangan couple nie, diorang dah lama bercinta, tapikan di pertengahan cerita cinta nya, si pemuda nie nak dijodohkan oleh parents nye dekat seorang gadis  pilihan parent isi  pemuda tue. Yang nak dijadikan ceritakan, parents pemuda  tue meninggalkan pesanan atau permintaan terakhir untuk anak lelakinya  sebelum mereka meninggal dunia. Si ayah nya pulak bertegas mahu si pemuda tue berkahwin dengan gadis pilihan nya. Si pemuda itu tegas tak nak berkahwin kerana dia  tidak mengenali satu sama lain dengan gadis pilihan ayahnya itu. Nak tak nak, kahwin la  jgak lelaki tue pada gadis pilihan ayahnya. Akan tetapi dia masih cintakan kekasihnya, malahan berjanji akan menikahi kekasihnya satu hari nanti. Kekasihnya amatlah kecewa, malahan bermacam2 janji yang telah pemuda itu janjikan padanya. Kekasihnya ingin mengundurkan diri, tapi dia keliru dengan perasaan nya.

So, solution  yg buku ‘La Tahzan kerana jodoh’ ini bagi : “Jika anda ingin meneruskan perhubugan itu, tertipulah anda dengan permainan cinta. Kerana jangan mudah terpedaya dengan janji lelaki. Janjinya untuk jadikan anda isteri ke-2 , tidak mungkin akan ke mana. Saat perkahwinan dia nanti pasti mereka akan lebih mengenal hati budi masing2 dengan lebih rapat lagi. Dari situ lah akan timbulnya kasih sayang, cinta yang tak mungkin sukar  untuk diungkapkan. Jadi pilihlah kehidupan yang membahagiakan anda dan masa depan.” – La tahzan kerana jodoh

Haaa…tue lah AL-KISAH nya..  errm, maybe tak la sama dengan ayat dalam buku tue aq taip kat sini, tapi seakan2 camtue la kisahnya..  errrmmmm, buat PENGAJARAN kot.. huhuh..PENGAJARAN BUAT DIRIKU & TEMAN..  :’(  Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Dah takde jodoh apalah nasib. Macam tau2 je lah situation yg buku nie ceritakan.huhu… Nak beli buku ni?? Pergilah mana2 MPH book store kan, buku nya berwarna pink & bertajuk “La Tahzan kerana Jodoh”. Errm, harganya dalam RM18 kot…  tak igt la plak.. :P

Tuesday, January 1, 2013

HAPPY NEW YEAR (2013)

HAPPY NEW YEAR!!!   Welcome 2013 and good bye to 2012.. :'(   Kenangan yang lalu akan menjadi kenangan manis yang akan aku ingat sampai bila2...  Tahun 2012 lah yang memberi aku banyak kenangan yang tak mungkin akan aku lupakan seumur hidupku... Kenangan manis even dugaannya terlalu berat bagiku untuk hadapinya. Semoga aku tabah menghadapinya di tahun yang baru ini. Aku harus kuat dan buktikan yang aku boleh buka lebaran & kehidupan baru di tahun 2013. 

Welcome 2013 and hope this year will be the best and happier year for me..Amin... Alhamdulilah syukur jugak aku dihidupkan sampai hari ini (smpaikan ku dapat post new entry) pada tarikh 1 January 2013. :)
Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~  Bye2 the 'old Aisyah' and welcome the 'new Aisyah' !!!!   Chaiyok2.....  :) I should smile owez and happy!!!!!!!


my twitter (https://twitter.com/cavillate)



ha.....  tgh aku dok asyik on9 je dri tadi...  aq baru prasan la plak...  wallpaper blog aku sama dengan wallpaper twitter aku la....  mcm tau2 je la aku ni pilih..  padahal, bukan nya prasan pun time pilih nya...hahahahah....dh 2013 baru aku perasan...  eishhh~   


ok la....da, tatata...  Happy new year semua.. mmuaahh!  :*