Tuesday, January 11, 2011

Kisah pengajaran: air mata wanita

Lumrah kehidupan setiap perhubungan pasti ada pasang dan surutnya... Begitu juga lah kisah yang ingin dinyatakan...Dunia kini sudah berubah..Seharusnya kaum Adam diciptakan untuk membimbing, mendidik, menjadi imam, menjaga kaum Hawa..Dunia kini sudah terlalu kejam..Kejam dek perbuatan manusia seperti binatang... Binatang lebih mengerti kasih sayang berbanding dengan manusia...Kaum Hawa disakiti, ditipu, dipermainkan, dihiriskan hatinya...Terlalu kejam kaum Adam...Mengapa semua ini terjadi..

Satu ketika dulu, Hawa berkenalan dengan Adam melalui teknologi yang serba canggih sekarang... Teknologi yang terlalu canggih juga banyak memusnahkan hamba-hamba Allah swt.. Perkenalan yang begitu singkat menyebabkan hati Hawa & Adam mula cair umpama bongkah ais di dalam peti sejuk yang cair akibat panahan cahaya matahari.. Hawa memberikan segala kepercayaan kepada Adam.. Kasih sayang Hawa terhadap Adam terlalu mendalam...Baik & buruk Adam diterima dengan hati yang ikhlas.. Hawa terlalu mengharapkan perhubungannya bersama Adam berkekalan...dan Hawa berjanji pada dirinya akan jujur & ikhlas menyayangi Adam..

Setiap manusia mempunyai personaliti & perwatakan yang berbeza... Apapun yang terjadi, Hawa tetap bertahan demi cintanya terhadap Adam... Setiap ketika, Hawa sering memikirkan akan pengorbanan yang dilakukannya.. Adakah Adam juga mencintai seperti dirinya...Jujurkah Adam? Ikhlas kah Adam terhadapnya? Persoalan itu sering bermain difikiran Hawa... Hawa begitu yakin, bahawa semuanya adalah bisikan syaitan yang tidak ingin melihat hamba-hamba Allah dalam keaadaan tenang.. Hawa yakin akan cintanya..

Suatu hari, Hawa mengetahui bahawa Adam curang di belakangnya.. Hawa juga seperti manusia lain yang mempunyai perasaan marah..Betapa sakit hatinya apabila mengetahui cintanya diduakan & tidak dihargai seperti dirinya mencintai Adam.. Hawa beristigfar kepada Allah agar diberikan kekuatan menghadapinya..Alhamdulilah, Hawa dapat mengawal perasaan nya.. Hawa bersabar demi menghormati Adam... Terlalu tinggi ketabahan Hawa menghadapinya.. Hawa menyembunyikan kesedihan yang dialaminya demi pertahankan maruah Adam.. Hawa berpura-pura dihadapan Adam bahawa Hawa juga turut gembiraseperti Adam..Tidak sampai hati untuk megetahui perkara sebenar dari Adam apabila melihat Adam terlalu gembira pada hari itu.. Hanya Tuhan yang tahu apa yang di alami Hawa..Hatinya seperti dihiris dengan pisau yang tajam..Hendak mengalirkan air mata, Hawa tidak sanggup..Bagi dirinya, biarlah Hawa sendiri yang merasakan kesengsaraan & kesedihan itu.. Bayangkan bagaimana perasaan kita sekiranya berada disituasi Hawa.. Hawa yang begitu mencintai Adam, tetapi Adam tidak jujur terhadapnya..Kasih sayang Hawa dipermainkan, diperbodohkan...

Setelah tiba masanya, Adam mengaku akan kesilapannya...Demi cinta Hawa terhadap Adam, Hawa telah memaafkan Adam..Adam menyesali akan kesilapannya...Hawa berharap, inilah pertama & terakhir dirinya disakiti...oleh kaum ADAM!!....Amin...Semoga jodoh Adam & Hawa berkekalan..

No comments: